SSM saran lebih ramai pelajar rebut peluang

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyasarkan kira-kira 143,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara merebut peluang pendaftaran perniagaan secara percuma melalui skim 1 pelajar 1 perniagaan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat SSM), Nor Azimah Abd Aziz berkata, sejak dilancarkan 1 Januari 2017 hanya RM2.6 juta dimanfaatkan oleh 38 ribu pelajar daripada sejumlah RM10 juta yang diperuntukkan.