Tutup

SSM tubuh unit khas, periksa peniaga online

Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM, akan menjalankan satu operasi pemeriksaan terhadap peniaga dalam talian atau online bagi memastikan perniagaan didaftar secara sah. Ketua Pegawai Operasi SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, berkata satu unit khas pemeriksaan ditubuhkan untuk mengumpulkan maklumat terbabit.