Status Kampung Forest akan diteliti

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengarahkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk meneliti status ketentuan perkampungan di kampung Forest, Jalan Buli Sim-Sim dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata, langkah itu diambil untuk membolehkan pihak kerajaan negeri dapat menyediakan kemudahan yang bersesuaian kepada penduduk kampung di masa akan datang.