Tutup

Status Malaysia sebagai negara bebas polio tidak berubah

Kementerian Kesihatan mengesahkan Status Malaysia sebagai negara bebas penyakit polio sejak Oktober 2000 masih tidak berubah biarpun terdapat kes penyakit berkenaan dilaporkan di negara jiran, Filipina. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya menjalankan pemantauan kehadiran virus polio melalui pensampelan air kumbahan di beberapa loji rawatan air kumbahan terpilih sejak 2012.