Statut Rom: PM akui ada usaha burukkan Pakatan Harapan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat usaha memburukkan Pakatan Harapan dalam usaha meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sambil tidak mendedahkan pihak tertentu, beliau berkata, usaha pihak berkenaan seolah memberi gambaran Pakatan Harapan cuba mengkhianati negara melalui perjanjian menandatangani Statut Rom.