#STPM2017 : Kekurangan bukan penghalang buat Nurul Syahida untuk berjaya

Memilih jalan untuk menyambung pelajaran adalah ibarat memperjudikan masa hadapan. Namun, Nurul Syahida Binti Zainun Abidin, mempunyai pendirian yang teguh dalam memilih Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai jalan untuk meneruskan impiannya ke menara gading. Biarpun mempunyai masalah penglihatan, ia bukan lah penghalang buat Syahidah untuk menjadi Pelajar Terbaik STPM 2017 (Kategori Pelajar Istimewa ? Buta).