Street Dakwah santuni masyarakat untuk sebar nilai mulia Islam

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melancarkan program Rehlah Islahiyyah dan Skuad Sukarelawan Street Dakwah Putrajaya. Ia bertujuan menyampaikan nilai mulia ajaran Islam dengan menyantuni orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama secara santai dan penuh hemah.