Streram calon terbaik buat PKR

Calon PKR pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau Dr. S. Streram dipilih berdasarkan jiwa kemanusiaan dan jasanya di pelbagai peringkat. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Streram pernah menyertai pasukan sukarelawan ke negara-negara bergolak termasuk Afghanistan dan Sudan bagi membantu umat Islam yang berada dalam kesusahan di sana secara sukarela.