Suami isteri didakwa ugut bawa bom

Sepasang suami isteri warganegara Indonesia ditahan berikutan gurauan melampau membabitkan ancaman bom ketika menaiki pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, LTAPP. Dalam insiden pukul 5.50 petang Khamis, pasangan berusia 48 dan 45 tahun itu berada di dalam pesawat untuk berlepas pulang ke Jakarta.