Suami isteri ditahan miliki dadah bernilai RM50,000

Sepasang suami isteri ditahan kerana memiliki 5,000 botol yang dipercayai bersisi dadah bernilai 50 ribu ringgit di Kampung Simpang Empat Kundur di Gua Musang, Kelantan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pasangan itu ditahan oleh anggota unit peronda polis selepas mendapati kereta dipandu lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.