Suami isteri maut, tiga cedera runtuhan bangunan

Sepasang suami isteri yang terperangkap di bawah runtuhan Bangunan Terminal Bersepadu Gombak awal pagi tadi, ditemui maut. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, insiden yang berlaku pada pukul 1.13 pagi itu turut mencederakan tiga yang lain.