Tutup

Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik Hospital Kemaman

Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ahli keluarga menunaikan umrah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baharu pulang dari Mekah. Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 56 tahun dan isterinya, Rosnani Ibrahim, 53 tahun tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman pada pukul 3.45 petang Ahad. Suasana pilu menyelubungi unit forensik yang dipenuhi lebih 200 ahli keluarga sejurus pasangan itu keluar dari kenderaan. Lebih memilukan apabila Wan Kamaruzzaman dan Rosnani terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat tiga anak mereka meninggal dunia.