Video  | Hiburan

'Suatukala' angkat martabat dongeng Nusantara

Dewasa ini, tidak boleh dinafikan kanak-kanak lebih mengenali kisah dongeng barat, seperti kisah adik beradik Elsa dan Anna dalam filem Frozen, atau kisah si cilik berani Moana. Sudah tiba masanya kisah dongeng tempatan diberi martabat yang sama. Astro melalui saluran Astro First Eksklusif, mempersembahkan Suatukala untuk tontonan kanak-kanak pada musim cuti sekolah.