Subsidi petrol bersasar dilaksanakan hujung tahun 2019

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil pendekatan berjumpa dengan pemegang taruh termasuk persatuan pengguna, pengusaha stesen minyak dan beberapa agensi tertentu, bertujuan menyampaikan maklumat terperinci berkenaan perlaksanaan subsidi petrol bersasar sebelum dilaksanakan selewat lewatnya hujung tahun ini.