Tutup

Subsidi Ron95: Semak balik sistem sedia ada seperti BR1M

Tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan satu sistem baharu semata-mata untuk menentukan golongan layak bagi subsidi Ron95. Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, seharusnya kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam menentukan sebarang proses yang menggunakan dana awam. Subsidi bersasar utuk Ron 95 diumumkan pada Belanjawan 2019, namun sehingga kini, masih tiada pengumuman tentang mekanisma pelaksanaannya.