SUHAKAM perlu kemuka bukti - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) memberikan bukti bahawa cawangan khas terlibat dalam kes kehilangan Paderi Raymond Koh Keng Joo dan aktivis Amri Che Mat. Tun Dr Mahathir berkata, dakwaan SUHAKAM akan dianggap khabar angin, jika tiada bukti.