Sukan SEA 2019 Filipina gelanggang pertama atlet e-sukan negara

Sukan SEA 2019 di Filipina akan menjadi penyertaan atlet e-sukan negara pertama ke temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia dilihat menjadi medan dan langkah pertama negara untuk mengenal pasti kelompok pertama atlet yang akan disenaraikan dalam program latihan sepenuh masa Majlis Sukan Negara, MSN.