Tutup

Sukan SEA: Olahraga mampu raih lapan pingat emas - Nazmizan Muhammad

Sukan olahraga sentiasa menjadi tumpuan di mana-mana temasya berprestij termasuk sukan sea kerana ia bukan saja menawarkan jumlah pingat terbesar malah ia turut menampilkan acara riben biru yang dinanti peminat bagi menobatkan pelari terpantas rantau ini. Bagi Bekas Raja Pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad, beliau menyasarkan lapan pingat emas mampu diraih oleh skuad olahraga negara dalam temasya sukan SEA Filipina tahun depan.