Video  | Bisnes

SUKSES: SME Y-Biz Challenge cungkil bakat keusahawanan pelajar

SME Bank Y-Biz Challenge, satu usaha tanggungjawab korporat bagi mencungkil bakat keusahawanan dikalangan pelajar sekolah bakal memasuki edisi terbaharu. Minggu ini SUKSES bertemu empat pelajar yang memenangi pertandingan itu pada 2016 dan membawa produk mereka ke Itali dan memenangi emas pada pertandingan inovasi. Pada usia 15 tahun, mereka berjaya mengkomersialkan produk mereka. Saksikan SUKSES dibawakan khas oleh SME Bank di Astro Awani saluran 501 dan astroawani.com