Tutup

Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat

Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mangkat pada jam 8.11 pagi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. Berita kemangkatan tersebut disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.