Sultan Johor dukacita majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dukacita berhubung majlis berbuka puasa anjuran ahli Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib, Selasa lalu. Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan, bertitah ahli Parlimen terbabit, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, tidak pernah merujuk pihak berkuasa Majlis Agama Islam Johor mengenai perkara itu.