Sultan Johor: Jaga adab ketika berbahas

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor supaya menjaga adab ketika berbahas di Sidang Dewan Negeri. Titah itu disampaikan Baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke 14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor.