Tutup

Sultan Johor ucap terima kasih kepada kerajaan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pada Ahad ucapkan penghargaan kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Di dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah dengan mengucapkan berterima kasih kepada kerajaan kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja.