Tutup

Sultan Nazrin zahirkan kesedihan kejadian ke atas Muhammad Adib

Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. Keberangkatan tiba Seri Paduka ke Institut Jantung Negara, IJN disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Muhammad Hamdan Wahid. Kata Muhammad Hamdan, Sultan Nazrin berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib dan menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa anggota bomba itu. Baginda turut mendoakan kesihatan dan kesembuhan Muhammad Adib.