Sultan Pahang Keenam: Apa yang anda perlu tahu

Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.