Tutup

Sultan Selangor gantung Darjah Kebesaran Najib, Rosmah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menggantung sementara darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, penggantungan tersebut berkuat kuasa 6 Mei lalu.