Sultan Selangor setuju naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam di Selangor dengan menaikkan had minimum daripada 16 kepada 18 tahun. Baginda berharap cadangan pindaan beberapa peruntukan dalam enakmen undang-undang keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini.