Sumber air alternatif perlu dididihkan terlebih dahulu

Sumber air alternatif di sekitar Felda Chini, Pekan, Pahang, boleh diminum dengan syarat ianya dimasak sehingga mendidih selama paling kurang 10 minit. Ia berikutan keputusan analisis sampel air yang diambil di kawasan terbabit pada Rabu mendapati ada kandungan bakteria Coliform dan E-Coli, yang mana semua bakteria boleh dimatikan dengan mendidihkan air berkenaan antara 74 darjah selsius sehingga 100 darjah selsius.