Video  |  Malaysia

Sumber laut makanan utama manusia Neolitik di Guar Kepah

Manusia Neolitik yang rangkanya ditemui di Guar Kepah, Kepala Batas, bulan lalu, dikenalpasti mengamalkan diet karnivor dengan menjadikan sumber laut bercengkerang sebagai makanan utama. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia USM, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin, penemuan itu dibuat hasil laporan makmal Radiokarbon Beta Analytical Lab di Florida Amerika Syarikat yang dikeluarkan kelmarin.