Tutup

Sungai Kim Kim: Bomba tidak terima aduan baharu pencemaran sungai

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak menerima aduan baharu mengenai kes pencemaran sisa toksik sama ada di Sungai Kim kim , Pasir Gudang atau mana mana kawasan di Johor. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid jika wujud kes baharu pihaknya akan membantu termasuk menghantar segera pasukan Hazmat untuk memantau keadaan.