Sungai Selangkah, Pasir Gudang turut dicemari sisa toksik

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesahkan Sungai Selangkah di Pasir Gudang turut tercemar dengan pembuangan sisa toksik. Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, jabatan itu kini sedang mengenal pasti kilang yang terbabit dalam perbuatan itu.