Surat kiriman petani, nelayan buat Salahuddin sebak dan menangis

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan seorang petani pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya pada Khamis. Beliau menangis ketika membaca surat yang diserahkan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud atau mesra dipanggil Wak Ibas, 77, ke tangan Salahuddin sebagai gimik pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.