Suspek kes bunuh lelaki India dikehendaki polis

Empat individu direman tujuh hari bermula hari ini dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki India di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam semalam. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan masing masing berusia antara 23 hingga 25 tahun.