Suspek kes bunuh Nur Aishah Aleya ada jenayah lampau

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritenden Mohd Iqbal Ibrahim sahkan, suspek lelaki kes pembunuhan Nur Aishah Aleya Abdullah memiliki satu rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah amanah. Suspek melakukan kesalahan itu membabitkan nilai keseluruhan RM57 ribu ketika bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Johor Bahru. Hasil penahanan suspek di sebuah inap desa di Ampang sebelum ini, membawa kepada penemuan tengkorak kepala, gumpalan rambut dan dua batang gigi di satu lokasi di kawasan Gunung Raya Langkawi, Kedah.