Tutup

Suspek kes cabul budak perempuan ditahan

Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kedai serbaneka di Rawang. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan bekerja sebagai buruh binaan di sekitar bandar Country Homes, Rawang.