Suspek kes langgar lari Cyberjaya ditahan

Polis tahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan bagi membantu kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang penolong pengurus sebuah syarikat telekomunikasi di hadapan bangunan kedai Shafbury, Cyberjaya. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata kesemua suspek merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.