Suspek ketiga kes bunuh Siti Kharina ditahan reman tujuh hari

Lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin. Perintah reman dikeluarkan Majistret A Akhiruddin Alias Boy Acho di Mahkamah Majistret Sepang, pagi Jumaat.