Tutup

Suspek melarikan barang kemas lebih RM1 juta dikenal pasti

Polis Perak telah mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kes samun barang kemas bernilai lebih RM1 juta di Taman Chateau, Ipoh pada 5 Ogos lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mendapatkan bantuan daripada Bukit Aman untuk mengesan suspek berkenaan.