Suspek perancang kes bunuh Bill Kayon ditahan

Polis menahan seorang individu bergelar 'Datuk' yang dipercayai menjadi dalang kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam. Suspek berumur 45 tahun itu ditahan oleh Kementerian Keselamatan Awam China di Putian, Wilayah Fujian 12 disember lalu dan diusir keluar ke Malaysia dari Xiamen.