Suspek pukul pemandu di Cheras ditahan

Suspek utama kejadian pergaduhan membabitkan dua individu di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras pada Khamis, telah ditahan polis. Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, suspek 44 tahun itu ditahan pada 4.20 petang Jumaat di Batu 9 Cheras.