Suspek ugut Pengarah Penguatkuasa MPS didakwa Khamis

Dua suspek berusia 23 dan 30 tahun yang terbabit dalam kes ugutan terhadap Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), akan dituduh di Mahkamah Seksyen Selayang pada Khamis. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.