Suspek utama kes bunuh Siti Kharina akan didakwa Isnin

Suspek utama yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin akan didakwa pada Isnin. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada 8.30 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.