Suspek utama tetak kereta ditahan

Polis Johor menahan suspek utama bersama tiga lagi lelaki berhubung kes samseng jalanan menggunakan parang di Lebuhraya Pasir Gudang pada Isnin. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata hasil siasatan pihaknya berjaya mengesan suspek utama berusia 31 tahun dan tangkapan dibuat di kawasan sekitar simpang renggam pada jam 5.30 petang Selasa.