Suspek utama warga Nigeria pembunuhan Siti Kharina disambung reman

Perkembangan kes pembunuhan Ketua Jururawat Siti Kharina. Polis hari ini mendapatkan lanjutan reman ke atas suspek utama lelaki warga Nigeria selama tujuh hari lagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan pada Khamis berkata sambungan reman untuk kali kedua itu bermula 24 hingga 30 Mei ini.