Syah Kaki Lima bersama Pertiwi Soup Kitchen

Syah Kaki Lima minggu ini bersama badan bukan kerajaan NGO, Pertiwi Soup Kitchen berkongsi kisah menguruskan rakan jalanan. Ramai yang sedar kewujudan NGO yang membantu menghulurkan makanan, pakaian, perubatan dan lain-lain. Tetapi berapa ramai yang tahu apa yang berlaku kepada rakan jalanan yang meninggal dunia? siapa yang menguruskan jenazah?