Syah Kaki Lima: (Episod 29)

Minggu ini Syah Kaki Lima membawakan kisah remaja berusia 19 tahun yang cekal menjalani kehidupannya walaupun terpaksa menagih simpati di jalanan. Dia telah mula menjadi penghuni jalanan sejak berusia 10 tahun selepas penceraian ibu dan bapanya. Kerana keuzuran ibunya dan bapa tiri, dia gigih melakukan pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup.