Syah Kaki Lima: Hidup di jalanan bukan pilihan

Syah Kaki Lima menyambung misi cerita jalanannya untuk Musim ketiga minggu ini. Episod ke 28 Syah Kaki Lima membawakan ke pengetahuan anda cerita seorang wanita yang begitu tabah mengharungi hidup walaupun sedar dirinya tidak punya sesiapa. Dibesarkan di sebuah rumah kebajikan di ibu kota dan kemudiannya cuba membina hidup namun gagal di tengah jalan. Kini wanita berusia 42 tahun itu menjadi penghuni jalanan bersama dua orang anaknya, dengan harapan ada pihak yang sudi membantu.