Syazlin tak patut tarik diri wakili keluarga Adib - Tun M

Peguam Syazlin Mansor tidak sepatutnya menarik diri daripada prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Walaupun beliau diarahkan tarik diri daripada mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Syazlin seharusnya meneruskan tugasnya sebagai peguam bagi keluarga Adib jika dia betul ingin mencari kebenaran dalam kes itu.