Tutup

Syor CEP berteraskan tiga tema utama

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) akan menghantar segala syor yang dikumpul dalam masa 100 hari ini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejurus beliau pulang dari China, kata pengerusinya Tun Daim Zainuddin. Syor itu memberi tumpuan tiga isu utama iaitu keperluan memperbaik taraf pentadbiran, kehidupan dan kesejahteraan rakyat, serta memastikan ekonomi negara bersifat inklusif dan mampan.