Tutup

Syor sebatan mandatori penyeludup, pemburu haram

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan hukuman lebih berat termasuk sebatan mandatori dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan hidupan liar di negara ini. Ketua Polis Negara,Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata cadangan itu akan dibawa kepada bahagian hal ehwal undang-undang bagi membanteras isu pemburuan dan penyeludupan haiwan liar secara tegas.